Seramai 36 orang guru-guru daerah Hulu Selangor telah didedahkan dengan teknik penulisan kajian tindakan oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Pendidikan Islam di Dewan Syarahan, Pejabat Agama Islam Selangor. Menurut Penyelia Pengurusan Pendidikan daerah Hulu Selangor, Ustaz Hamzah Utot,program ini merupakan tindakan re-fresh dan meningkatkan kompentensi di kalangan guru-guru yang dipertanggungjawabkan untuk membuat kajian di sekolah masing-masing. Program berakhir pada jam 5.00 petang dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama peserta. Sebelum itu, sesi brainstorming tajuk-tajuk kajian telah dibuat oleh Ustaz Yuszaimi Hj Muslil bagi tujuan mengenalpasti subjek pilihan guru-guru berkenaan. Turut hadir ialah Ustazah Hjh Sumilah Diran yang telah memberikan taklimat pada sesi pagi berkaitan pelaksanaan kajian tindakan serta item-item yang diperlukan dalam kajian berkenaan. Sumber: http://pendidikan.jais.gov.my/ |
No comments:
Post a Comment